Proses penamaan calon Pilihan Raya Kampus UTeM 2018/2019 berjalan lancar

Proses penamaan calon Pilihan Raya Kampus UTeM 2018/2019 berjalan lancar

PROSES penamaan calon semasa disemak oleh urus setia.

DURIAN TUNGGAL 28 Sept. – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah melaksanakan proses penamaan calon bagi memilih ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM sesi 2018/2019

Proses penamaan calon itu akan diadakan menerusi Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) UTeM melalui Piliha Raya Kampus pada 4 Oktober 2018 nanti.

Sebanyak 34 kerusi akan dipertandingkan bagi sesi 2018/2019 meliputi sembilan kerusi umum dan 25 kerusi fakulti merangkumi lapan fakulti dengan tiga kerusi dipertandingkan bagi setiap fakulti dan satu kerusi pelajar Sarjana UTeM.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP UTeM, Prof. Dr. Mohd Ridzuan Nordin berkata, terdapat enam kerusi dari dua fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP) dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) menang tanpa bertanding.

Katanya, ini kerana hanya terdapat tiga pencalonan bagi setiap fakulti bagi memenuhi kerusi fakulti tersebut.

Petang semalam, beliau juga turut menyatakan kerusi umum pelajar sarjana diumum sebagai menang tanpa bertanding.

Ianya apabila kerusi tersebut hanya punyai seorang pencalonan sehingga waktu penamaan calon tamat jam 2 petang.

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) dijangka memberikan saingan sengit di antara mereka apabila punyai tujuh pencalonan dan merupakan pencalonan terbanyak berbanding fakulti lain, majoriti calon hanya sekadar empat dan lima orang sahaja.

Ujarnya, kerusi umum juga dijangka akan bersaing sengit dengan pencalonan seramai 18 orang berbanding lapan kerusi yang dipertandingkan setelah calon umum pelajar sarjana memenangi kerusi tanpa bertanding.

Proses berkempen turut dimulakan sebaik saja pengumuman calon tamat semalam dan proses memperjuangkan manifesto mereka dijangka berterusan sehingga 3 Oktober depan sebelum sesi membuang undi pada 4 Oktober nanti.

Pilihan Raya Kampus kali ini menyaksikan kira-kira 11,000 pelajar dijangka keluar mengundi dan UTeM akan mengguna pakai sistem pengundian atas talian digelar sebagai e-Vote yang terbukti berkesan serta menjimatkan kos dan masa.

Proses pemilihan dan pengundian juga sangat penting untuk memperbaharui barisan kepimpinan MPP di universiti bagi melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang bakal menerajui kepimpinan negara pada masa akan datang.

Di samping proses pemilihan yang dijalankan akan memberi pendedahan berguna dalam kalangan mahasiswa di universiti melalui proses pilihan raya.

Seterusnya memilih barisan pemimpin pelajar yang akan menjadi pengantara kepada mahasiswa di universiti dengan pihak pengurusan universiti, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan masyarakat sekelilingnya.

Pihak UTeM sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan MPP sesi 2017/2018 di atas segala pencapaian dan sumbangan yang diberikan kepada universiti.

CATEGORIES