Pulang duit pelancong, sifat jujur Asri perlu dicontohi
Moga jadi contoh kepada kita semua

AYER KEROH 11 Feb – “Sikap jujur perlu menjadi landasan dalam hidup kerana jika kita jujur Allah pasti membalasnya dengan perkara yang baik-baik,” kata seorang pekerja Menara Taming Sari (MTS) kepada MelakaKini, baru-baru ini.
Mohamad Azri Abdul Razmi,27, ketika ditemui menceritakan bagaimana dia memulangkan kembali dompet serta barangan berharga yang tercicir pelancong ketika menaiki MTS.
“Waktu tu kira-kira jam 6.30 petang saya terjumpa dompet berisi duit yang banyak serta barang-barang yang penting di dalamnya.
“Saya terus serahkan kepada kaunter kerana risau dompet tersebut hilang, masa kejadian tu 15 Februari 2019 dia (pelancong) bersama keluarga menaiki MTS.
“Memang kami dilatih untuk pulangkan barang orang yang hilang, jika kita jujur dan memulangkan barang orang, tidak mustahil jika berlaku pada kita, orang lain akan pulangkan kembali kepada kita,” katanya kepada MelakaKini.
Kata Azri, dompet yang tercicir itu milik bapa Melissa Shum yang menetap di Kuala Lumpur, manakala Melissa menetap di Jerman.
“Baru-baru ini dia (Melissa) melawat ayahnya di Kuala Lumpur, jadi dia datang ke Melaka berjumpa saya untuk ucapkan terima kasih kerana memulangkan dompet tersebut,” katanya yang bekerja di MTS sejak 2012.