Pusat beli belah Melaka sedia cecair sanitasi cegah Coronavirus

Tingkatkan tahap kesihatan anda...

Pusat beli belah Melaka sedia cecair sanitasi cegah Coronavirus

AYER KEROH 11 Feb. – Bagi mencegah penularan wabak Novel Coronavirus (2019-nCov) di tempat tumpuan awam di negeri ini, pusat beli belah Melaka mengambil inisiatif menyediakan cecair sanitasi (sanitizer) kepada pengunjung.

Antara pusat beli-belah yang mengambil inisiatif itu ialah Mahkota Parade di Banda Hilir.

Menerusi satu kenyataan, Mahkota Parade memberitahu pihaknya bukan sahaja menyediakan cecair sanitasi tangan di kaunter pertanyaan aras 1 pusat berkenaan, bahkan turut menjalankan kerja-kerja pembersihan yang dilakukan dua kali setiap hari di kawasan tumpuan bagi mencegah kuman dan bakteria.

“Antara kawasan tumpuan yang dibersihkan dua kali setiap hari ialah butang lif, pemegang eskalator, tombol pintu, bilik bayi, tandas dan kerusi roda.

“Kita berharap agar semua pengunjung selamat, kekal sihat dan sentiasa berhati-hati sepanjang musim penularan virus yang berbahaya ini,” kata kenyataan itu.

CATEGORIES