PUSPANITA Melaka komited martabat peranan wanita

PUSPANITA Melaka komited martabat peranan wanita

AYER KEROH 27 Feb. – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Melaka komited dalam melaksanakan tanggungjawab memartabatkan wanita.

Pengerusinya, Datin Zarina Mohd Yusoff berkata, dengan keahlian yang ramai sudah pasti tanggungjawab itu dapat digalas dengan penuh dedikasi.

Menurutnya, PUSPANITA juga sentiasa menjalankan tugas secara sukarela demi membantu golongan yang memerlukan.

“Kita percaya ahli-ahli kita komited dan berdedikasi untuk menjalankan tugas mereka.

“Saya harap amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi memartabatkan peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perjumpaan bersama barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) PUSPANITA Melaka, baru-bru ini.

Jelasnya, aktiviti PUSPANITA merangkumi pelbagai aspek termasuk aktiviti kelestarian hijau, kerohanian, teknologi maklumat, kesihatan, sukan, ekonomi dan sosial.

“Atas usaha semua, PUSPANITA dapat mencapai prestasi yang baik seperti menerima Anugerah PUSPANITA Kebangsaan bagi Kategori Cawangan Berprestasi pada tahun 2017.

“Kita akan terus bekerjasama bagi memastikan aktivit-aktiviti dirancang sepanjang tahun ini dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

 

CATEGORIES