Raih 3 mata lebih penting – Elavarasan

Raih 3 mata lebih penting – Elavarasan

KETUA Jurulatih Melaka United, E. Elavarasan mengakui anak-anak buahnya sedikit cuai ketika menentang Kuala Lumpur pada perlawanan Liga Super 2018, malam Selasa leaps sebelum mencatatkan kemenangan tipis, 4-3.

Beliau berkata gol pertama Kuala Lumpur pada penghujung separuh masa pertama selepas ketinggalan 3-0 ternyata memberi motivasi tinggi pemain Skuad Warga Kota itu untuk beraksi lebih garang pada separuh masa kedua.

“Selepas mendahului 3-0 kita tidak mengawal permainan dan agak perlahan dalam mengatur serangan, jadi bila Kuala Lumpur dapat membalas satu gol sebelum separuh masa telah memberi mereka motivasi baharu sehingga berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

“Jadi apabila mereka mendapat gol awal pada separuh masa kedua, permainan berubah dan kita akui dua gol pertama Kuala Lumpur itu adalah kesilapan pemain kita sebelum mereka menyamakan kedudukan menerusi penalti.

“Gol keempat kita sangat penting untuk kita dapat 3 mata, saya tak kisah berapapun keputusannya asalkan 3 mata menjadi milik kita sebab kita mahu keluar dari kelompok bawahan liga,” katanya selepas perlawanan itu.

Menjelang perlawanan menentang lawan yang sama di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini (9 Jun 2018) Elavarasan berkata Kuala Lumpur semestinya mahu membalas dendam dengan kekalahan itu dan pasukannya fokus menghadapi perlawanan itu.

CATEGORIES