“Rakyat tidak perlu bimbang, Kerajaan PH masih kukuh”

“Rakyat tidak perlu bimbang, Kerajaan PH masih kukuh”

MELAKA 26 Feb. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka masih menerajui pimpinan petadbiran negeri dan kesemua 10 Exco masih menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka tanpa ada yang bertindak meletakkan jawatan.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab yang menjelaskan perkara itu berkata, ekoran daripada maklumat yang tidak betul dan tepat pelbagai spekulasi dibuat dan secara tidak langsung telah menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat negeri ini.

“Saya ingin menyatakan Kerajaan Melaka masih utuh serta kekal malah segala urusan pentadbiran berjalan seperti biasa dan rakyat tidak perlu bimbang.

“Kerajaan negeri akan kekal kerana kita masih mempunyai Ketua Menteri dan Exco, malah masih 10 Exco, tiada yang letak jawatan,” katanya.

Menurut beliau, Kerajaan PH Melaka akan terus stabil dan terus memimpin petadbiran selain terus menjalankan dasar- dasar peduli rakyat dengan menghilangkan kesusahan serta kedukaan mereka.

“Di bahagian pusat kita mempunyai kerusi majoriti dan ia memberi gambaran yang baik selain tempias itu akan sampai ke Melaka dan Adly Zahari terus memimpin.

“Beliau menunjukkan prestasi yang baik serta rakyat Melaka gembira dengan keperibadian serta kepimpinannya,” katanya.

CATEGORIES