Rawatan kesihatan berpatutan : Melaka pilihan warga Pekanbaru

PEKANBARU (INDONESIA) 15 Feb. – Kos yang murah selain bahasa perantaraan, agama, makanan serta persekitaran yang menarik, menjadi pilihan terbaik buat warga Pekanbaru yang ingin mendapatkan rawatan perubatan di Negeri Melaka.
Konsul Malaysia di Pekanbaru, Wan Nurshima Wan Jusoh berkata, boleh dikatakan setiap kali pesawat Malindo Air melakukan
penerbangan ke Melaka, paling kurang 60 penumpang yang ingin mendapatkan rawatan dan setahun jumlah tersebut mencecah
sehingga 21,000 orang.
Jelasnya, 70 peratus dari jumlah itu semenangnya untuk membuat pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan rawatan di beberapa buah hospital swasta di Melaka.
Katanya, jumlah pesakit dari Pekanbaru semakin bertambah dari semasa ke semasa selepas beberapa buah hospital swasta di Melaka mengadakan pameran kesihatan di beberapa pasar raya terdapat Pekanbaru ini.
Menurutnya, kempen rawatan perubatan yang dilakukan hospital swasta tersebut berjaya menarik minat warga Pekanbaru.
Jelasnya, ini berikutan pakej ditawarkan bukan hanya untuk mendapatkan rawatan, malah mereka turut berpeluang mengunjungi beberapa lokasi pelancongan di Melaka.
“Selain itu, harga yang ditawarkan lebih rendah dan dekat berbanding jika mereka mendapatkan rawatan di Jakarta.
“Perjalanan menaiki pesawat saja memakan masa lebih dua jam selain kosnya yang lebih tinggi,” ujarnya.
Wan Nurshima berkata demikian kepada media Melaka ketika ditemui selepas menghadiri kunjungan hormat Exco Pelancongan, Warisan & Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis ke atas Gabenur Terpilih Riau, Drs. H. Syamsuar di Pekanbaru, Rabu lalu.
Turut serta pada kunjung itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai & Pantai Melaka (PPSPM), Azlan Abidin; Pegawai Khas Ketua Menteri, Jabatan Ketua Menteri, Mohamad Ali Shariff; Pengurus Besar Sungai Melaka Ventures Sdn. Bhd., Rafee Ibrahim serta wakil-wakil agensi berkaitan.
Beliauberkata, tawaran kos perubatan ditawarkan hospital swasta di Melaka memang menjadi pilihan terbaik penduduk Pekanbaru untuk melakukan rawatan di negeri bersejarah tersebut,” katanya.