RELA Melaka muncul juara UKMR-K 2018

RELA Melaka muncul juara UKMR-K 2018

BANDARAYA MELAKA 31 Okt. – Kontinjen Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Melaka muncul juara keseluruhan dalam Kejohanan Ujian Kemahiran Menembak RELA Peringkat Kebangsaan (UKMR-K 2018).

Kejohanan yang diadakan di UKMR-K 2018 baru-baru ini, disertai 17 kontinjen termasuk Ibu Pejabat RELA Malaysia, RELASIS dan Pusat Latihan RELA di seluruh Malaysia.

Kategori yang dipertandingkan adalah senjata api pistol Glock 9mm (pegawai), senjata api rifle Colt M16 dan kategori senjata api senapang patah (Shot Gun 12 Bore).

RELA Melaka mendahului senarai dengan pingat keseluruhan sebanyak 20 pingat terdiri sembilan emas, enam perak dan lima gangsa.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah RELA, Zulkifli Abidin.

CATEGORIES