RM1.4 juta diperuntuk sumbang lampin pakai buang dewasa

RM1.4 juta diperuntuk sumbang lampin pakai buang dewasa

AYER KEROH 12 Dis. – Kerajaan Negeri Melaka hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM1.4 juta bagi menyediakan lampin pakai buang dewasa kepada 1,197 penerima seluruh negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kerajaan negeri akan selaraskan jumlah penerima bantuan tersebut kerana selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terdapat juga penerima menerima sumbangan sama daripada pihak lain seperti Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).

Menurutnya, penyerahan sumbangan lampin pakai buang dewasa akan diteruskan bermula Januari 2019.

Sumbangan itu akan disalurkan melalui pihak Japerun di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kerajaan negeri juga akan melihat senarai penerima-penerima baharu yang disenaraikan oleh pihak Japerun kerana senarai yang ada perlu dibuat pemutihan.

“Senarai akhir penerima bantuan ini akan dimuktamadkan oleh pihak JKM pada bulan ini sebelum mula menyalurkan bantuan itu bermula tahun hadapan

“Pemberian lampin pakai buang dewasa akan diberikan mengikut keperluan para penerima dan tidak semua memerlukan keperluan yang sama,” ujarnya.

Adly berkata demikian ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

CATEGORIES
TAGS