RM1.7 juta perluas kawasan parkir kenderaan

BACHANG 13 Mac- Sejumlah RM1.7 juta diperuntukkan bagi kerja menaik taraf dan menambahkan lot parkir kenderaan
Pasar Besar Transit Bachang yang dijangka bermula 15 Mac ini.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mansor Sudin berkata, projek tersebut bakal perluaskan parkir meletak kenderaan sehingga dengan penambahan 744 parkir.
Katanya, jumlah parkir tersebut merangkumi parkir kereta sebanyak 230 petak, motorsikal sebanyak 124 petak dan 23 petak untuk lori.
“Bagi naik taraf, laluan susur gajah berbumbung menghubungkan bangunan ke bangunan dalam pasar transit ini akan dibina dalam tempoh sebulan.
“Dua unit tandas lengkap, juga akan dibina bagi memberi kemudahan serta keselesaan kepada peniaga dan orang awam,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang media di pasar itu, di sini, pagi tadi.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee.
Tambah Mansor, penyediaan tempat letak kereta tambahan turut dikenakan caj RM1.00 seperti biasa dan tiada perubahan kenaikan untuk masuk ke pasar transit terbabit.