RM290 juta laksana projek NFCP fasa pertama di lapan negeri tahun ini – Gobind

RM290 juta laksana projek NFCP fasa pertama di lapan negeri tahun ini – Gobind

KOTA KINABALU 21 Feb. – Kerajaan akan melaksanakan projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) Fasa 1 dengan kos RM290 juta di lapan negeri termasuk Sabah mulai tahun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata fasa satu projek itu yang bermula pada 15 Feb itu meliputi 152 tapak, dan 50 daripadanya akan dibangunkan di Sabah iaitu di Nabawan, Tenom, Keningau, Papar, Tawau, Semporna, Kunak, Beluran, Tongod, Tuaran, Kudat, Kota Marudu dan Pitas.

“NFCP adalah pelan lima tahun yang dilancarkan pada Sept tahun lepas. Di bawah pelan ini, kerajaan akan melaksanakan enam inisiatif NFCP iaitu NFCP 1 hingga 6 bermula tahun ini.

“Inisiatif NFCP akan menambah baik kelajuan perkhidmatan jalur lebar rangkaian tetap dan meluaskan liputan 3G dan 4G, sambil menyediakan asas bagi rangkaian baharu 5G,” katanya kepada pemberita selepas bertemu orang ramai pada program Info on Wheels di Pasar Besar Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Norzawiyah Bulka.

CATEGORIES