RON95,97 naik 6 sen, Diesel 0.12 sen tengah malam ini

RON95,97 naik 6 sen, Diesel 0.12 sen tengah malam ini

AYER KEROH 18 Jan. – Harga runcit minyak RON95 naik 0.06 sen kepada RM1.98 seliter berbanding RM1.92 seliter minggu lalu, bermula bermula tengah malam ini hingga 25 Januari depan.

Ia diikutii kenaikan harga minyak RON97 naik 0.06 sen kepada RM2.28 seliter berbanding RM2.22 seliter minggu lalu.

Termasuk diesel yang naik 0.12 sen kepada RM2.17 seliter berbanding RM2.05 seliter.

“Kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend peningkatan.

“Berbanding minggu sebelumnya, iaitu daripada USD60 setong kepda USD63 setong bagi petron RON95 dan daripada USD68 setong kepada USD72 setong bagi diesel,” kata Kementerian Kewangan Malaysia menerusi kenyataan rasminya petang tadi.

CATEGORIES
TAGS