SAM rai golongan memerlukan

SAM rai golongan memerlukan

BUKIT KATIL 9 Feb. – Sukarelawan Anak Melaka (SAM) komited membantu golongan kurang bernasib baik di negeri ini.

Menerusi majlis Sumbangan Tahun Baharu Cina (TBC) 2019 dianjurkan, seramai 100 penerima dalam Parlimen Bukit Katil telah menerima bantuan.

Pengerusi SAM, Isaac Lim berkata, sumbangan disampaikan termasuk wang tunai dan barangan dapur.

“Kita fokus kepada warga emas, ibu tunggal dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Diharapkan sumbangan ini dapat menggembirakan mereka,” katanya kepada MelakaKini.

Majlis yang diadakan di Japerun Bukit Katil itu turut dihadiri Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin, Pengerusi program, Ng Kok Guan dan Ketua Cabang PKR Bukit Katil, Mohd Rafee Ibrahim.

CATEGORIES