Sambutan Hari Malaysia DUN Gadek meriah

Sambutan Hari Malaysia DUN Gadek meriah

ACARA meniup belon memeriahkan antiviti pada program tersebut.

GADEK 19 Sept. – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek meriah apabila pelbagai acara membabitkan penglibatan kaum berbilang bangsa diadakan di Balai Raya Padang Sebang, Ahad lalu.

Program dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G. Saminathan itu memperlihatkan semangat perpaduan pelbagai kaum, etnik dan bangsa menjadi kunci utama kemakmuran masyarakat di negeri ini.

Katanya, program dan aktiviti diatur dengan matlamat jelas untuk tingkatkan kesedaran dalam ilmu serta pengetahuan melibatkan kesihatan, amalan mahupun budaya positif dalam mempraktikkan kerjasama berpasukan selain aspek keharmonian, perpaduan bersama.

“Sambutan Hari Malaysia tidak hanya untuk bergembira, tetapi hendaklah difokuskan ke arah meningkatkan kesedaran dan semangat patriotisme itu sendiri bagi memelihara kemerdekaan,” katanya.

Jelasnya, program dan aktiviti diatur dengan matlamat jelas untuk tingkatkan kesedaran dalam ilmu serta pengetahuan melibatkan kesihatan, amalan mahupun budaya positif dalam mempraktikkan kerjasama berpasukan selain aspek keharmonian dan perpaduan bersama.

“Program seumpama ini penting dalam menyemarakkan semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat tanpa mengira peringkat usia, agama dan kaum.

“Rakyat Malaysia perlu menanamkan semangat cinta dan kasihkan negara dan berusaha mengembalikan kegemilangan Malaysia dari segi kesejahteraan juga pembangunan,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha Japerun Gadek, Razuan Abdul dan Pengerusi-Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK) DUN Gadek.

Program itu anjuran bersama Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Padang Sebang, MPKK Kampung Padang Sebang dan MPKK Kampung Bukit Nangka.

Program bermula jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti senaman aerobik, sukaneka, pertandingan mewarna, pertandingan memasak asam pedas meniup belon, ‘musikal chair’, cari barang tersembunyi dan pelbagai aktiviti lagi.

CATEGORIES