Sambutan TBC 2020 Tangga Batu meriah

TANGGA BATU 5 Feb. – Majlis Sambutan Tahun Baru Cina (TBC) peringkat Parlimen Tangga Batu yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Jenis (C) Cheng, di sini, berlangsung dalam suasana cukup meriah apabila bukan sahaja dihadiri masyarakat Tionghua.
Malah terdiri daripada berbilang kaum, baru- baru ini.
Ahli Parlimen Tangga Batu, Dr. Rusnah Aluai berkata, sambutan itu diadakan bagi merapatkan hubungan silaturahim dan persefahaman antara kaum.
“Dengan keharmonian yang kita ada, sambutan tahun baru dapat disambut dengan penuh makna serta pelbagai kaum dan lapisan masyarakat dapat bersama- sama berkumpul meraikannya.
“Apabila program seperti ini diadakan ia secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada mereka yang lain mengenal budaya lain serta memupuk rasa hormat antara kaum,” katanya.
Hadir sama pada program itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang Datuk Gue Teck, Pengerusi Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan negeri Datuk Halim Bachik serta Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Johari Osman.
Rusnah berkata, pada program itu juga seramai 80 warga emas diberikan sumbangan angpau selain turut diberikan cenderahati.