Sambutan TBC tidak kira bangsa

BUKIT BARU 18 Feb. – Ketua Menteri, Adly Zahari menghadiri Majlis Tahun Baharu Cina (TBC) bersama Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya anjuran Japerun Bukit Katil di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Keh Seng di sini, Sabtu lalu.
Ketibaan Adly pada jam 7.20 malam itu disambut beberapa kenamaan dan pada majlis itu, Adly sempat beramah mesra bersama tetamu terdiri pelbagai bangsa selain menikmati jamuan yang disediakan.
Kehadiran Adly pada majlis itu bagi memeriahkan lagi suasana sambutan TBC, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat tidak mengira bangsa.