Sarah, Wani, Sissy serikan The House musim 5

Sarah, Wani, Sissy serikan The House musim 5

PROGRAM realiti The House yang memasuki musim kelima diserikan dengan penampilan Sarah Suhairi, Wani Kayrie dan Sissy Imann.

Ketua Kandungan Gempak, The House musim kelima, Nazihah Dalhar berkata, pemilihan ketiga-tiga bintang tersebut berikutan perkembangan dan kebangkitan luar biasa dari kalangan bakat muda generasi alaf baharu yang popular dengan jolokan ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU).

“Meskipun dianggap masih hijau dalam dunia seni, namun kehadiran dan bakat mereka mampu meraih populariti setara dengan penghibur berpengalaman.

“Profil seni angkatan BBNU ini juga boleh dianggap cemerlang sehingga ramai di antara mereka berpeluang beraksi di acara besar dan turut bertanding di pentas berprestij,” katanya.

Sehubungan dengan itu, pemilihan sebagai selebriti jemputan dilihat menepati kriteria utama yang diperlukan The House untuk menarik hati penonton.

“Saya harap musim baharu ini mampu mengulangi kejayaan musim terdahulu sekaligus menetapkan penanda aras baharu kepada kejayaan kandungan digital di platfrom Gempak,” katanya.

Program realiti ini pernah menampilkan trio adik-beradik iaitu Emma Maembong, Cha Cha Maembong dan Yaya Maembong bagi musim pertama, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (musim kedua), keluarga Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta (musim ketiga) serta Fattah Amin dan Alvin Chong untuk musim keempat.

The House akan bersiaran selama 22 minit menerusi lima episod yang disiarkan secara eksklusif menerusi portal digital Gempak iaitu www.thehouse.com.my setiap Selasa mulai 19 Mac ini.

Ini diikuti dengan siaran televisyen di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9 malam bermula 27 Mac ini..

CATEGORIES