‘Saya tidak akan campur tangan’ – Adly

AYER KEROH 18 Jan.- Ketua Menteri, Adly Zahari tidak akan campur tangan berhubung isu melibatkan Exco Pelancongan, Warisan Dan Kebudayaan, Datuk Muhamad Jailani Khamis, yang akan mengenakan tindakan saman terhadap Naib Ketua PKR Cabang Kota Melaka, Mohd Asshiq Abd Samad.
Tegas beliau, ia berikutan isu tersebut telah dibawa ke peringkat mahkamah.
“Isu ini telah melibatkan mahkamah dan saya tidak akan mengambil sebarang ruang untuk mengganggu proses mahkamah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas program Hari Bertemu Rakyat di Seri Bendahara, di sini, tengahari tadi.
Terdahulu, Muhammad Jailani sebagai plaintif memfailkan saman berjumlah RM 5 juta terhadap Mohd Ashiq yang mempertikai perlantikan kakak kandung Muhammad Jailani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Zoo Melaka.