Scientex bina RMM

Lebih banyak pemaju perlu sahut seruan kerajaan negeri

Scientex bina RMM

Vincent Low

DURIAN TUNGGAL 11 Feb. – Pemaju Hartanah, Scientex Heights Sdn Bhd, anak syarikat Scientex Berhad melancarkan projek perumahan Fasa 2 dan sambutan hari ke 15 Tahun Baru Cina atau Chap Goh Mei di sini baru-baru ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Tey Kok Kiew.

Dalam ucapannya, Kok Kiew mengucapkan terima kasih kepada pemaju kerana membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri pada harga berpatutan dengan menyertai skim inisiatif Rumah Mampu Milik (RMM) Kerajaan Negeri Melaka.

“Skim perumahan juga dikenali sebagai Rumah Harapan Scientex terdiri daripada rumah teres dua tingkat dengan harga RM100,000 dan ini pasti dapat memberi peluang kepada lebih ramai penduduk di Melaka untuk memiliki rumah sendiri,” tambahnya.

Pada sidang medianya, Kok Kiew berkata, pembinaan RMM itu sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk membina rumah untuk golongan kurang berkemampuan.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Negeri Melaka, Datuk Salleh Mohd Dom, Ketua Pegawai Operasi Scientex, Alex Khaw Giet Thye dan Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran, Irene Low.

CATEGORIES