Sedih! majlis sanding macam ‘sampah’

BUKIT KATIL, 7 Feb – Apalah nasib pasangan suami isteri yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan minggu lalu, apabila ia berlalu bagaikan mimpi ngeri.
Mana tidaknya mangsa, Nur Ellina Mohd Rodzai, 25, mendakwa diperdaya pihak katering yang gagal menyediakan hidangan pengantin dan lauk-pauk tetamu seperti dijanjikan.

LAUK tambahan iaitu dalca daging dijanjikan 500 pax tetapi diberi sebanyak itu sahaja.
Nur Ellina berkata, selain mendapat malu pihaknya turut menanggung jumlah kerugian hampir RM8,000 dari RM9,150 jumlah keseluruhan yang sudah dibayar kepada pihak terbabit.
“Sudahlah makanan sampai dah nak dekat bersanding, yang disajikan cuma nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah, daging masak hitam, jelatah, buah tembikai, air asam boi. Mana papadom, buah jambu asam boi, air sirap dan tambahan lauk yang dijanjikan?.
“Paling mengecewakan, hidangan makan beradap pun tidak sempurna, kek yang ditempah dua tingkat pun tiada, yang ada hanyalah kek setingkat yang diletak atas meja beradab macam tu sahaja. Memang sangat kecewa ketika itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

KEK dua tingkat yang dijanjikan tetapi diberi tidak sepertinya.
Katanya, selepas kejadian pihak katering ada menghubunginya dan mahu membuat permohonan maaf secara terbuka namun semuanya sudah tercalar.
Menurutnya, berikutan kejadian itu pihaknya sudahpun membuat laporan polis dan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

HIDANGAN di meja beradap yang tidak sempurna dan mencacatkan majlis.
“Sepatutnya majlis ini menjadi sejarah terindah dalam keluarga kami tapi lain yang terjadi, kami begitu kecewa biarlah undang- undang sahaja yang selesaikannya.
“Kami sekeluarga harap pihak yang terbabit insaf dan tidak memikirkan keuntungan semata- mata dan semoga tiada lagi orang yang kena tipu kerana difahamkan ramai lagi yang sudah terkena,” katanya.
Oleh: AZURIN SHARIF