Sekolah Henry Gurney institusi istimewa koreksional remaja harapan negara

Sekolah Henry Gurney institusi istimewa koreksional remaja harapan negara

NOOR Effandi beramah mesra dengan pelajar Sekolah Henry Gurney.

TELOK MAS 25 Okt. – Sekolah Henry Gurney bukan sekolah untuk menghukum, tetapi sekolah itu sebuah institusi istimewa koreksional remaja harapan negara.

Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Noor Effandi Ahmad berkata, penghuni Sekolah Henry Gurney adalah insan bertuah kerana di usia muda telah diuji dan diberi kesempatan awal untuk bangkit dari kegelinciran.

Menurutnya, di dunia ini ramai manusia tersilap langkah, apabila sudah tua sudah terlambat untuk diperbaiki.

“Biar kita buat silap di awal usia lalu diberi kesempatan untuk bangkit berjaya selamanya dari tersengih malu dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah dan penyelewengan tatkala usia sudah melebihi 60 tahun.

“Yakinlah bahawa dengan usaha dan keyakinan, Tuhan akan membantu kita,” katanya ketika ditemui MelakaKini.

Effandi berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke Sekolah Henry Gurney sempena program Majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu SPM 2018 di sini, Rabu lalu.

CATEGORIES