Sempena TBC : 31 penghuni Warm House Care Centre dirai

Sempena TBC : 31 penghuni Warm House Care Centre dirai

BACHANG 24 Jan. – Hotel Avillion Legacy meraikan 31 penghuni rumah kebajikan Warm House Care Centre di Taman Rumpun Bahagia, hari ini.

Pengurus Besar Hotel Avillion Legacy, Low Kee Nam berkata, ia merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan hampir 14 tahun.

Katanya, selain memfokuskan sumbangan pada Tahun Baharu Cina (TBC), pihaknya juga meraikan golongan memerlukan pada sambutan perayaan yang lain.

“Ini termasuklah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim dengan menjemput mereka ke hotel kita pada setiap tahun.

“Diharap aktiviti seperti ini dapat menceriakan lagi penerima sumbangan khususnya golongan memerlukan, warga emas serta anak-anak yatim,” katanya.

Kee Nam berkata demikian selepas meraikan 31 penghuni Warm House Care Centre di Taman Rumpun Bahagia, hari ini.

Pada program itu, kesemua penghuni menerima goodies bag, angpau serta barangan keperluan.

CATEGORIES