Seri Bendahara produk pelancongan baharu Melaka

Seri Bendahara produk pelancongan baharu Melaka

ALOR GAJAH 6 Jun – Kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara akan dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan di Negeri Melaka.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, memandangkan sehingga kini kira-kira 10,000 pengunjung telah membanjiri lokasi tersebut termasuk rombongan pelancong dari China selepas kompleks itu dibuka kepada orang awam susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) di Melaka.

Adly berkata, langkah itu mampu memberi impak positif kepada kewangan negeri dengan menjana pendapatan menerusi perancangan produk baharu tersebut.

Menurut Adly, ini sebahagian dari perancangan kerana beliau tidak menggunakan secara keseluruhan dan mungkin boleh dijadikan rumah tamu kerajaan negeri & produk pelancongan.

“Sementara saya dan keluarga selesa menetap di kediaman rasmi Ketua Menteri yang lama iaitu di Bukit Peringgit,” katanya.

Adly berkata demikian ketika ditemui dalam program Moreh Bersama Rakyat di Dataran Keris di sini, yang turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Selasa lalu.

Jelas Adly, kawasan hijau di Seri Bendahara dikekalkan kerana ia merupakan polisi termasuk tidak akan ada sebarang pembangunan baharu di kawasan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, pada 15 Mei lalu, Adly yang dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-11 mengumumkan kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara dibuka kepada orang ramai untuk lawatan selama sebulan sehingga 14 Jun ini dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

CATEGORIES