Seri Bendahara tutup kepada umum 14 Jun ini

Seri Bendahara tutup kepada umum 14 Jun ini

AYER KEROH 11 Jun – Kerajaan negeri menafikan dakwaan mengatakan kediaman Seri Bendahara akan dibuka sepenuh masa sebagai tarikan produk pelancongan Melaka.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pembukaan Seri Bendahara kepada umum sejak 15 Mei itu akan berakhir pada 14 Jun ini mengikut jadual.

“Tiada, hanya sebulan saja kita buka, selepas itu kita akan tutup dan gunakan untuk kerajaan negeri.

“Cukup masa kita tutup, tempohnya sampai 14 Jun mengikut jadual asal,” katanya ketika ditemui di Seri Bendahara di sini, Jumaat lalu.

Sementara itu, hasil tinjauan Harapan Melaka (HM) di kediaman itu mendapati, pengunjung luar dan dalam negeri mengambil kesempatan melihat rumah rasmi Ketua Menteri itu terdahulu.

CATEGORIES