Sertai PN kerana mahu politik Melaka stabil – Effandi

Sama-sama majukan Melaka...

Sertai PN kerana mahu politik Melaka stabil – Effandi

AYER KEROH 2 Mac. – Teka-teki berhubung pendirian ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad sama ada bersama Tan Sri Muhyiddin Yasin atau sebaliknya terjawab apabila dia bersama keputusan pimpinan parti.

Menurutnya, beliau tidak mahu politik negeri tidak stabil dan mengharapkan gabungan baharu itu akan menstabilkan politik Melaka.

“Saya menyertai politik kerana Bersatu bertanding dan apabila kepimpinan iaitu Tan Sri Muhyiddin membenarkan pergabungan ini maka saya menurut dengan perasaan gembira.

“Kita tidak mahu politik negeri Melaka tidak stabil dan kerana mengharapkan satu gabungan baru yang ada muka baru, lama, veteran serta muda,” katanya.

Beliau mengharapkan gabungan Parti Perikatan Nasional itu akan membentuk kerajaan negeri yang mantap sehingga PRU 15 akan datang.

“Kita bekerjasama dengan niat untuk negeri dan memastikan politik Melaka stabil sehingga PRU 15 nanti,” katanya.

CATEGORIES