Sidang DUN Melaka ditangguhkan – Adly

Sidang DUN Melaka ditangguhkan  – Adly

AYER KEROH 27 Feb. – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dijadualkan pada 6 Mac depan ditangguhkan ke satu tarikh baharu.

Perkara ini disahkan Ketua Menteri, Adly Zahari ketika ditemui di Hari Bertemu Rakyat di Seri Bendahara, sebentar tadi.

Ujarnya, penangguhan itu perlu dilakukan memandangkan situasi politik masa kini yang masih belum stabil.

“Kita tangguhkan kerana buat masa ini situasi politik di peringkat perseketuan dan negeri masih belum stabil.

“Sebab itu kita bawakan sesi sidang DUN ini ke depan iaitu ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Mengulas lanjut, Adly berkata belum ada sebarang ketetapan tarikh berhubung sidang DUN berkenaan, namun beliau yakin tarikh baharu itu tidak melebihi daripada tempoh yang telah ditetapkan.

CATEGORIES