SJKC Pay Min terima sumbangan peralatan komputer

SJKC Pay Min  terima sumbangan peralatan komputer

SEBAHAGIAN guru dan pelajar SJKC Pay Min bergambar bersama Zulkiply sempena majlis penyerahan sumbangan di sekolah terbabit, baru-baru ini.

JASIN 5 Okt. – Melaka ICT Holding (MICTH) melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan menyumbang peralatan komputer kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pay Min di sini, baru-baru ini.

Majlis penyerahan peralatan komputer tersebut telah disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif MICTH, Zulkiply Harun.

Sumbangan itu bermatlamat membantu pengurusan sekolah memperkasakan pendidikan ICT kepada murid-murid sekolah terbabit.

Di samping itu, ia juga dapat menangani masalah kekurangan peralatan ICT di sekolah tersebut.

Hadir sama, Guru Besar SJKC Pay Min, Ong Guek; Pengerusi Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) sekolah itu, Tee Ju Chai dan Penyelia Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jasin, Ngo Yee Pyng.

Sementara itu, Guek mengucapkan terima kasih kepada MICTH dan terharu dengan sumbangan diberikan, ia merupakan sinar untuk anak-anak di sekolah tersebut.

CATEGORIES