‘Skor A’ tingkat kemahiran BM & Sejarah

‘Skor A’ tingkat kemahiran BM & Sejarah

ANTARA pelajar yang menyertai program Skor A BH-MSU di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi, baru-baru ini.

MASJID TANAH 28 Sept. – Kejayaan penganjuran Skor A BH-MSU pada tahun sebelum ini mendorong Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah menganjurkan program tersebut pada tahun ini.

Program itu terus mendapat sambutan dan terkini seramai 300 pelajar dari 15 buah sekolah di daerah Alor Gajah menyertai program tersebut.

Guru Penyelaras Program, Chan Chin Ho berkata para pelajar yang menyertai seminar itu terdiri murid pencapaian akademik yang cemerlang dan HALUS (Harapan-Lulus) dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018 bagi mencapai kejayaan cemerlang pada peperiksaan SPM November ini.

Menurutnya, menerusi program itu pelajar diberi pendedahan oleh penceramah yang berpengalaman luas bagi meningkatkan pencapaian murid SPM 2018 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) dan Sejarah yang merupakan mata pelajaran wajib lulus.

Selain itu, usaha ini juga bermatlamat memperkasakan motivasi dan minat murid terhadap mata pelajaran BM dan Sejarah SPM.

Ia sekali gus meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan mata pelajaran itu bagi memenuhi keperluan kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

“Secara tidak langsung program ini dapat meningkatkan peratus cemerlang murid dalam mata pelajaran Sejarah dan BM dalam kalangan murid pencapaian cemerlang dan HALUS, sekali gus mengatasi kelemahan mereka dalam menjawab soalan KBAT bagi subjek tersebut.

“Bukan itu saja, usaha sebegini juga dapat menyuntik elemen pembelajaran abad ke-21 dalam melahirkan murid-murid SPM yang cemerlang

“Selain meningkatkan kepakaran dan ilmu pengetahuan guru mata pelajaran BM dan Sejarah itu sendiri,” katanya selepas perasmian seminar tersebut.

Program dua hari bermula Isnin lalu disempurnakan Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah, Abdul Malek Haron.

Program itu merupakan kerjasama Berita Harian dan Management & Science University (MSU), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tinggal di Auditorium Kompleks Falak Al-Khawarizmi.

Hadir sama, Pengetua SMK Durian Tunggal, Paridah Omar serta pegawai dari MSU, Syazana Sulaiman dan Fazilatul Rabaniah Jamaludin.

Semoga Skor A MSU-BH 2018 ini berjaya merealisasikan matlamat serta objektif yang digariskan, pada masa sama kerjasama dan kesepaduan ini dapat meningkatkan pencapaian SPM tahun 2018 pada peringkat sekolah, PPD Alor Gajah mahupun Jabatan Pendidikan Melaka.

CATEGORIES