Skuad bola sepak super veteran, senior UiTM Melaka cipta sejarah raih emas

Skuad bola sepak super veteran, senior UiTM Melaka cipta sejarah raih emas

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) Melaka mencatat sejarah sebagai pasukan pertama meraih emas dalam acara bola sepak penalti kategori senior dan veteran yang julung kali diperkenalkan pada Karnival Sukan Staf UiTM Malaysia (KARISTA) 2020.

Dalam karnival yang berlangsung di UiTM Sarawak minggu lalu, skuad senior UiTM Melaka berjaya menewaskan kampus Pahang 3-1 untuk meraih kejuaraan pertama sebelum kecemerlangan itu diteruskan skuad super veteran UiTM Melaka yang menewaskan Perak 4-2 pada aksi final.

Ketua Kontinjen UiTM Melaka Profesor Madya Dr S. Salahudin Suyurno berkata, pencapaian terbabit amat memberansangkan, termasuk menerusi sokongan dan komitmen kesemua 75 atlet yang turut menyertai KARISTA kali ini.

“Dengan pencapaian itu membolehkan Melaka meraih 2 emas 1 perak dan 6 gangsa melepasi sasaran 7 pingat sebelum karnival.

“Terima kasih kepada Rektor UiTM Melaka Profesor Dr. Abd Halim Mohd Noor dan pengurusan tertinggi yang memberikan sokongan padu kepada kontinjen KARISTA 2020,” katanya.

Sementara itu, UiTM Shah Alam dinobat juara keseluruhan KARISTA 2020 selepas meraih 11 emas, 12 perak dan 11 gangsa, diikuti UiTM Selangor dengan 10 emas, 6 perak dan 12 gangsa.

Tempat ketiga pula milik kontinjen Kelantan membawa pulang 5 emas 3 perak dan 2 gangsa diikuti tuan rumah Sarawak di tangga keempat meraih 5 emas,2 perak dan 7 gangsa.

Sebanyak 19 acara dipertandingkan termasuk karom, bola tampar, tenpin boling, golf, sepak takraw, basikal, catur, petanque, dart, bola jaring ,badminton dan e-sukan.

CATEGORIES