SOPMEL cungkil bakat atlet OKU pekak

Golongan OKU turut sama mengharumkan nama negara dalam arena sukan

SOPMEL cungkil bakat atlet OKU pekak

Saliawati Salberi

BEMBAN 3 Feb. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Datuk Dr Wong Fort Pin merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Sukan Orang Pekak Melaka (SOPMEL) 2019 di sini semalam.

Beliau yang mewakili Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dalam ucapannya berkata, SOPMEL yang berlangsung pada Disember tahun lalu mempertandingkan tiga kategori sukan iaitu Tenpin Bowling, Futsal dan Bola Jaring.

“SOPMEL adalah landasan kepada semua atlet OKU Pekak untuk dipilih mewakili Melaka ke Sukan Orang Pekak Malaysia ke-21 (SOPMA XXI) yang akan diadakan pada Jun ini.

“Kerajaan negeri menyokong usaha dilakukan Persatuan Sukan Orang Pekak Melaka (MelSDeaf) dalam mencungkil bakat atlet sekali gus mewakili Melaka,” katanya.

Mengulas lanjut Fort Pin berkata, pihak kerajaan negeri juga sentiasa terbuka dan memberi galakan kepada semua atlet tanpa membeza atau mengira status sama ada atlet biasa mahupun OKU,” katanya.

CATEGORIES