SPRM keluarkan waran tangkap terhadap Jho Low dan dua lagi individu

PUTRAJAYA 11 Feb. – Interpol hari ini dimaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengeluarkan amaran merah terhadap tiga individu.
Dalam masa sama, mengeluarkan waran tangkap terhadap kesemua mereka yang disyaki bersubahat dalam konspirasi jenayah membabitkan AS$69 juta (RM286 juta) yang didakwa wang dikaitkan dengan 1MDB dan SRC International.
Lapor FMT news, Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata, tiga individu terbabit ialah ahli perniagaan diburu pihak berkuasa, Low Taek Jho, Ketua Pegawai Eksekutif PetroSaudi International Limited (PSI), Tarek Obaid dan Pengarah PSI, Patrick Mahony.
“Interpol dimaklumkan semalam. Kami sudah memfailkan pertuduhan, tetapi mereka tiada di negara ini, jadi kami terpaksa mengeluarkan waran tangkap,” katanya.
Latheefa berkata, SPRM diberikan kuasa untuk mendakwa mereka, walaupun mereka ialah warga asing yang kini berada di luar negara.
“Apa yang anda selalu dengar ialah jumlah (wang) di negara ini.
“Tetapi dalam realiti, kita bercakap mengenai (wang) di seluruh dunia,” katanya sambil menambah 3 lelaki itu mempunyai butiran mengenai wang berkenaan.
November lalu, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi memberitahu perbicaraan rasuah Najib Razak yang Jho Low bersubahat dengan Mahony dan Obaid untuk memperdaya bekas perdana menteri itu.
Jho Low diburu pihak berkuasa Malaysia dan Singapura atas peranannya dalam skandal 1MDB.
Laporan media baru-baru ini mengatakan beliau berada di China, Hong Kong, Macau dan Emiriah Arab Bersatu, tetapi semuanya ditolak polis Malaysia sebagai “palsu”.
habis