‘Sufiyah’ aspirasi kejayaan wanita

‘Sufiyah’ aspirasi kejayaan wanita

PROGRAM bual bicara Sufiyah memasuki musim kedua menampilkan pelakon Anis Al Idrus sebagai hos.

Disiarkan setiap Ahad jam 9.30 pagi di TV OKey (Astro 109), program 13 espisod ini dibahagikan kepada tiga segmen iaitu Inspirasi Maya, Anggun & Sihat dan Ikon.

Menarik mengenai musim terbaharu ini, penonton berpeluang menyaksikan temu bual bersama tokoh usahawan wanita berkaliber ini.

Ia diharap dapat memberi inspirasi kepada wanita di luar sana yang memasang impian untuk berjaya dalam bidang diceburi.

Antara usahawan wanita yang ditemu bual termasuk Pengasas Mawardah Beauty, Mawar Sabri, Pemilik Syarikat Angsa Emas Sdn. Bhd. dan Normadora Mohd Nor.

Menerusi segmen Anggun dan Sihat, pelbagai perkongsian menarik dipaparkan seperti penjagaan gigi dan senaman bagi pesakit tulang dan saraf.

Segmen Ikon pula, mengketengahkan slot mengenai hiasan dalaman ruamh dan bangunan.

CATEGORIES