SWM rai golongan kurang bernasib baik

BUKIT CINA 31 Jan. – Syarikat konsesi pembersihan awam, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) meraikan empat keluarga kaum Tionghua kurang berkemampuan sekitar kawasan Bandar Hilir, di sini.
Pengurus Wilayah SWM Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Dr. Al’ashari berkata, inisiatif itu dirancang bagi mengembalikan keceriaan terhadap keluarga berkenaan menjelang perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2019.
Katanya, perkongsian keceriaan itu merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat SWM terhadap kebajikan masyarakat yang kurang bernasib baik.
“Program amal tersebut diharap memberi keceriaan serta dapat meringankan beban dihadapi mereka.
“Kami berharap ia dapat menimbul kesedaran kepada orang ramai untuk berkongsi kegembiraan bersama semua termasuk golongan kurang mampu supaya mereka tidak rasa tersisih,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program SWM Kasih: Misi Sampul Merah Bersama Penghuni Spring Day Home Care di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Eksekutif SWM, Dr. Uzir Abdul Malik.
Terdahulu, Al’ashari dan Uzir telah menyampaikan sumbangan dan kepada empat keluarga berkenaan.