Tahun Melawat Melaka 2019 dijangka tarik 20 juta pelancong

Tahun Melawat Melaka 2019 dijangka tarik 20 juta pelancong

ADLY melihat artifak yang akan dipamerkan di Muzium Wangkang apabila siap sepenuhnya.

BANDAR HILIR 26 Sept. – Ketua Menteri, Adly Zahari menyasarkan sejumlah 20 juta pelancong sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2019 yang bertemakan ‘Melaka The Gateway To Historic Malaysia’ dengan peningkatan tempoh bermalam kepada tiga malam.

Menurutnya, sehingga Jun 2018, Negeri Melaka menerima sejumlah 8.7 juta pelancong berbanding 8.1 juta pelancong bagi tempoh sama tahun 2017.

“Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 599,037 pelancong atau 7.36%. Kerajaan negeri yakin, dengan peningkatan ini, sasaran 17 juta pelancong bagi 2018 boleh dicapai,” katanya.

Adly berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Majlis Renovasi Muzium Wangkang di Tokong Yong Chuan Tian di sini, semalam.

Turut hadir, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan & Alam Sekitar, Tey Kok Kiew & Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Muzium Wangkang, Datuk Ronald Gan.

Majlis Renovasi Muzium Wangkang di Tokong Yong Chuan Tian dianggarkan berjumlah RM2 juta.

CATEGORIES
TAGS