Tarian naga dalam ‘Ocean Theater’ tampil kelainan

Tarian naga dalam ‘Ocean Theater’ tampil kelainan

BANDARAYA MELAKA 28 Jan. – The Shore Oceanarium membawa kelainan dengan menampikan tarian naga khusus buat pengunjungnya sempena Tahun Baharu Cina (TBC) 2019.

Pengarah Urusan The Shore Oceanarium, Chew Chert Fong berkata, persembahan istimewa itu bagi memeriahkan suasana TBC berbanding sebelum ini persembahan singa.

“Ini antara inisiatif kami untuk menarik pengunjung ke The Shore Oceanarium, sekali gus menambah kedatangan pelancong ke negeri ini.

“Terdapat juga aktiviti penyelaman khas dan tarian naga dalam ‘Ocean Theater’,” katanya pada program tersebut.

Katanya, sehingga hari ini The Shore melakukan pelbagai usaha menaik taraf seperti mewujudkan panggung wayang 8 dalam 1 (special effects) dan Virtual Shark Cage.

CATEGORIES