Tayangan amal ‘Rise: Ini Kalilah’ dapat sambutan

Tayangan amal ‘Rise: Ini Kalilah’ dapat sambutan

SHOO Chin menerima cenderahati daripada Teong Hin.

BANDAR HILIR 26 Sept. – Hampir 100 orang hadir menyaksikan tayangan amal filem Rise: Ini Kalilah yang diadakan di MMC Cineplex Mahkota Parade, malam Selasa lalu.

Hadir menyaksikan filem tersebut, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poey Tiong; Exco Kesihatan & Anti Dadah, Low Chee Leong; Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kesidang, Siah Shoo Chin dan ADUN Duyong, Damian Yeo Shen Li.

Tayangan amal itu merupakan sebuah filem diinspirasikan dari Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu yang menampilkan pelakon-pelakon dari pelbagai bangsa seperti Remy Ishak, Jack Tan, Sangeeta Krishnasamy dan Mira Filzah.

Filem itu mengisahkan kehidupan pelbagai rakyat Malaysia pada hari-hari yang menuju ke PRU-14 pada 9 Mei lalu.

Ia menampilkan kisah seorang pelajar di London yang bergegas menyampaikan undi pos serta ahli perniagaan dalam kekacauan atas tuduhan jenayah yang bermotivasikan politik.

Filem itu arahan Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha dan Prem Nath dan penggambarannya selesai dalam tempoh tiga bulan dan penggambaran telah dibuat di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia, Singapura dan United Kingdom.

CATEGORIES