TBC 2019 : TAKN peruntuk RM150,000

TBC 2019 : TAKN peruntuk RM150,000

SIMPANG AMPAT 27 Jan. – Kerajaan negeri melalui Tabung Amanah Kebajikan Negeri (TAKN) memperuntukkan RM150,000 untuk diagihkan kepada 750 penerima dari ketiga-tiga daerah di Melaka sempena Tahun Baharu Cina (TBC) 2019.

Exco Wanita, Pembangunan Keluarga, Hal Ehwal Kebajikan & Orang Asli, Ginie Lim Siew Lin berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan sasar menyediakan persiapan menyambut TBC tahun ini.

Ini kerana katanya, TBC perayaan terpenting bagi masyarakat Cina dalam menyambut tahun baharu mengikut kalendar ‘qamari’ Cina.

“Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’, ianya menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina.

“Bagi masyarakat Cina , perayaan TBC ini begitu bermakna dan bernilai mengikut fahaman mereka,” ujarnya.

Ginie berkata demikian semasa berucap merasmikan program Penyampaian Sumbangan Bantuan Perayaan Sambutan TBC 2019 peringkat Daerah Alor Gajah di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Taboh Naning, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Burhanuddin Bachik; pemimpin masyarakat serta 210 penerima sumbangan.

CATEGORIES