TBC DUN Bemban meriah

TBC DUN Bemban meriah

BEMBAN 17 Feb. – Majlis Sambutan Tahun Baru Cina (TBC) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban berlangsung dalam suasana meriah apabila kira- kira 800 penduduk setempat hadir meraikan majlis, kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban Datuk Dr Wong Fort Pin berkata, walaupun diadakan secara sederhana, namun kehadiran pelbagai lapisan masyarakat serta pemimpin setempat memeriahkan suasana sambutan.

“Majlis ini terbuka kepada semua penduduk setempat dan kami berkumpul bersama- sama menyambutnya dalam keadaan harmoni.

“Ia membuka ruang kepada pemimpin dan masyarakat untuk menjalinkan hubungan erat serta bertanya khabar,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong; ADUN Kota Laksamana, Low Chee Leong serta ADUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin.

Di kesempatan itu juga, Fort Pin turut mengingatkan kepada hadirin agar sentiasa menitik beratkan soal kesihatan diri susulan wabak Covid-19 ( koronavirus).

Terdahulu, pada majlis itu, hadirin turut dihiburkan dengan tarian naga serta cabutan bertuah.

CATEGORIES