TBC medium kukuhkan pepaduan

BEMBAN 19 Feb. – Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2019 sebagai medium mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Datuk Dr. Wong Fort Pin berkata, ia bukan sahaja menyatukan masyarakat setempat dalam sesebuah majlis, tapi membuka ruang mereka beramah mesra dengan pemimpin.
Menurutnya, menerusi majlis jamuan TBC Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban tahun ini diharap dapat meneruskan persefahaman antara Melayu Cina dan kaum India.
“Tidak hanya TBC, sebaliknya perayaan lain turut diraikan bersama-sama pelbagai lapisan masyarakat.
“Saya percaya, ia menjadi inisiatif yang baik bagi memastikan keharmonian di DUN ini,” katanya pada majlis Jamuan TBC DUN Bemban di Kompleks Japerun Bemban, di sini.
Hadir sama, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Tey Kok Kiew ; Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Pegawai Daerah Jasin, Datuk Anis Ali Hasan.
Pada majlis itu, turut diadakan penyampaian sumbangan kepada 20 warga emas dari Harwanis, sumbangan bantuan persekolahan kepada tiga sekolah DUN itu & penyampaian sijil penghargaan kepada pihak penganjur.