TBC : RM150,000 diperuntukkan bagi golongan memerlukan

TBC : RM150,000 diperuntukkan bagi golongan memerlukan

AYER KEROH 26 Jan. – Sejumlah RM 150,000 diperuntukkan bagi 750 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sempena Tahun Baharu Cina (TBC) 2019, di negeri ini.

Bagi fasa pertama, sumbangan tersebut diberikan kepada 385 penerima yang merupakan golongan warga emas, ibu tunggal dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam daerah Melaka Tengah.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, penyampaian sumbangan ini merupakan inisiatif kerajaan negeri membantu golongan kurang bernasib baik khususnya warga Tionghua meraikan perayaan dengan lebih gembira.

Ia juga diharapkan dapat meringankan beban mereka untuk membeli keperluan perayaan yang bakal tiba.

Sementara bagi daerah Alor Gajah dan Jasin, penyampaian sumbangan akan dijalankan secara berperingkat di daerah terbabit.

Majlis Penyampaian Bantuan Perayaan Tahun Baharu Cina 2019 ini diadakan di Dewan Seri Bendehara, di sini.

Hadir sama, Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar, Ginie Lim Siew Lin.

CATEGORIES
TAGS