‘Team patching’ PDTMT ‘buru’ laluan berlubang

‘Team patching’ PDTMT ‘buru’ laluan berlubang

AYER KEROH 7 Feb. – Demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah (PDTMT) telah melancarkan ‘team patching’ (kumpulan tampal jalan) bagi menangani permasalahan berkenaan.

PDTMT dalam kenyataan hari ini berkata, pasukan itu yang terdiri dari warga kerja PDTMT telah mendapat kelulusan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Hanafi Sakri pada 2018 dan baru digerakkan pada Januari 2019.

“Permohonan ini adalah berdasarkan perbelanjaan mengurus di bawah peruntukan Penyenggaraan Jalan Negeri, Malaysia Road Registery System (MARRIS) yang melibatkan perbelanjaan tidak langsung iaitu pembelian peralatan penyenggaraan.

“Kekerapan kerja-kerja tampalan jalan ini adalah bergantung kepada aduan yang diterima oleh PDTMT melalui saluran SISPAA, aduan awam dan lain-lain,” kata dihantar kepada MelakaKini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, sejak dilancarkan ‘team patching’ PDTMT telah menyelesaikan dua aduan berhubung jalan yang berlubang dalam masa singkat iaitu di Lorong Bukit Tempayan dan Lorong Muhammad di sekitar kawasan Pantai Kundor.

Termasuk, jalan di Bukit Bayan, Bukit Katil, baru-baru ini.

CATEGORIES
TAGS