Teknologi maklumat bersama pihak sekolah : Siswa UTeM kongsi kepakaran

Teknologi maklumat bersama pihak sekolah : Siswa UTeM kongsi kepakaran

DURIAN TUNGGAL 12 Feb. – Mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengambil inisiatif dalam perkongsian ilmu dan kepakaran teknologi maklumat menerusi Bengkel Pangkalan Data Lanjutan di sini, baru-baru ini.

Inisiatif tersebut dilakukan oleh mahasiswa dari Fakulti Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (FTMK) UTeM, di sini.

Bengkel dua hari itu anjuran Kelab Pengurusan Pangkalan Data FTMK UTeM yang diadakan di Makmal Komputer, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, di sini.

Program itu melibatkan seramai enam fasilitator dalam kalangan mahasiswa UTeM terdiri pelajar semester 2, tahun ketiga jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengurusan Pangkalan Data).

Dekan FTMK UTeM, Dr. Othman Mohd berkata, bengkel tersebut merupakan sebuah projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) dari FTMK kepada masyarakat setempat.

Selain pelajar sekolah bagi membantu penekanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang diterapkan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Ujarnya, bengkel itu juga bertujuan membantu bukan sahaja para pelajar, malah para guru yang ingin meningkatkan kemahiran
menerusi bidang pengaturcaraan dan pangkalan data terutama menerusi pengkalan data lanjutan seperti WEBDATABASE, PHP dan SQL.

Bengkel tersebut dijangka akan diteruskan untuk beberapa sesi lagi
melibatkan kumpulan pelajar dan guru yang masih belum berkesempatan menyertai bengkel seumpama ini.

Bengkel tersebut bakal dijadikan acara tahunan yang bertujuan membantu para pelajar dan guru sebagai persediaan subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka.

Turut serta membantu dan memantau bengkel tersebut, Pensyarah Kanan FTMK, Hidayah Rahmalan sebagai penceramah
jemputan bagi program tersebut.

CATEGORIES