Tembakau, vape, shisha: Melaka akur keputusan Kerajaan Pusat

Tembakau, vape, shisha: Melaka akur keputusan Kerajaan Pusat

SEBAHAGIAN peserta berjalan kaki di Taman Rempah bagi menyedarkan masyarakat tentang usaha mencegah barah payudara.

PENGKALAN RAMA 22 Okt. – Melaka akan mengikut pendirian kerajaan Pusat berhubung undang-undang baharu bagi mengawal selia penggunaan tembakau, vape dan shisha di negara ini.

Exco Kesihatan & Anti Dadah, Low Chee Leong berkata, kerajaan negeri akan membuat keputusan berdasarkan keputusan Kementerian Kesihatan mengenainya.

Pada 20 Oktober lalu, Timbalan Menteri Kementerian Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, kementeriannya akan menggubal undang-undang berhubung penggunaan vape melibatkan Akta Makanan 1983 dan produk mengandungi nikotin menurut Akta Racun 1952.

“Berhubung vape kita akan ikut pendirian kementerian, ikut akur supaya segalanya selaras dengan kehendak kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan ‘Costume Walkathon anjuran Persatuan Barah Melaka (PBM) di Taman Rempah di sini, semalam.

Program itu melibatkan aktiviti jalan kaki sejauh 5km di mana para peserta akan memulakan perjalanan dari Stesen Melaka River Cruise di Pengkalan Rama kemudian melalui ruang pejalan kaki di sepanjang Sungai Melaka dan berakhir di Hotel Equatorial Melaka.

Ia bertujuan menyedarkan masyarakat tentang pentingnya usaha mencegah barah payudara dalam kehidupan seharian.

Dalam pada itu, berhubung penguatkuasaan Melaka Bebas Asap Rokok (MBAR) sebanyak 2,646 notis telah dikeluarkan setakat Julai 2018 melibatkan tujuh kawasan menerusi 290 operasi berasingan.

CATEGORIES
TAGS