Temui ‘Mowgli Malaysia’ di Pameran Fotografi ‘Ceritalah’, 13 Feb

Jom kita ke Pameran Fotografi.

Temui ‘Mowgli Malaysia’ di Pameran Fotografi ‘Ceritalah’, 13 Feb

BANDA HILIR 5 Feb. -Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) bakal menganjurkan Pameran Fotografi ‘Ceritalah’ yang akan diadakan di Balai Syed Sheikh Al-Hadi, Bastion House, Jalan Kota, Banda Hilir pada 13 Februari (Khamis) ini.

Menariknya, pameran itu turut membawakan ‘Mowgli Malaysia’, adik Syukor Khamis bersama jurugambarnya, Nazri Sulaiman yang sebelum ini memenangi Imej Asia 2018 oleh Asian Geographic hasil gambar kanak-kanak itu bersama sekumpulan kerbau yang dirakam di Terengganu.

Nazri bersama seorang lagi jurugambar, Izani Arif bakal mengendalikan sesi Photo Talk pada pameran tersebut yang akan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

Sesi Photo Talk ini masih membuka penyertaan bagi sesiapa yang berminat dengan yuran serendah RM20 bagi individu dan RM15 untuk pelajar.

Bagaimanapun, tempat adalah terhad kepada 50 orang sahaja.

Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi Puan Ruhaiza atau Puan Azeera di talian 06-2827464.

CATEGORIES