Tentera mungkin dikerah jika rakyat ingkar – Ismail Sabri
Sila patuh arahan kerajaan....

PUTRAJAYA 19 Mac – Anggota tentera mungkin akan dikerahkan sekiranya tahap pematuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19 kekal berada di tahap rendah.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini antara cadangan diketengahkan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri mengenai perintah berkenaan.
Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini kerajaan yakin polis masih mampu membuat kawalan.
– BERNAMA