Tepis stigma ‘sekolah tahfiz teruk’

Tepis stigma ‘sekolah tahfiz teruk’

AYER KEROH 24 Sept. – Perjalanan ilmu menuju kejayaan berbekalkan al-Quran, Hadis dan peranan pusat tahfiz di seluruh negara bagi melahirkan huffaz tidak dapat dinafikan dan punyai asas institusi amat baik.

Pusat tahfiz punyai keseimbangan ilmu agama dan akademik termasuk punyai kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), sains dan teknologi.

Selain penambahbaikan di seluruh negara dengan menambah baik institusi terbabit jika terdapat kelemahan.

Di samping pastikan pelajar tahfiz dapat berada dalam arus perdana harus juga di pertingkat dan segerakan langkahnya.

Mengulas mengenai perkara itu, Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) juga bersependapat, pusat tahfiz dikendalikan pihak persendirian dan swasta, sememangnya mereka mengharapkan dana dan derma, sumbangan dari masyarakat.

Timbalan Presidennya, Azlin Othman berkata, kebelakangan ini banyak berita mendukacitakan, antaranya kebakaran di Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kuala Lumpur selain kemalangan van pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Kuala Krai tahun lalu melibatkan kecederaan dan kehilangan banyak nyawa.

“Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan apabila berlaku kecuaian atau kemalangan serta insiden-insiden seumpama itu antara lainnya, dapat diambil iktibar, dalam soal keselamatan yang seharusnya tiada kompromi.

Pengendali pusat tahfiz harus juga didedahkan kepada ilmu-ilmu pengurusan, psikologi dan mental, malah kecekapan kendiri selain kebolehan ilmu agama yang mereka ada dapat diimplementasi kepada pusat tahfiz masing-masing.

Katanya, ianya untuk terus dimartabatkan, maju ke hadapan mahupun mendapat tempat baik pada pandangan masyarakat,” katanya kepada MelakaKini.

Begitu juga baru-baru ini, isu pelajar tahfiz berdepan musibah diliwat yang bukan saja mencemarkan nama baik institusi tahfiz, malah mencalar imej baik agama Islam itu sendiri di mana menambahkan lagi kejengkelan dan persepsi negatif masyarakat terhadap sekolah aliran agama ini.

Ujarnya, apa yang perlu dilakukan ketika ini perubahan dan penambahbaikan kepada beberapa perkara termasuk peraturan yang jelas supaya jika berlaku penutupan, nasib pelajar masih dapat dibela.

“Setiap pengendali tahfiz berdaftar perlu menjalani latihan asas pengurusan pengendalian pusat tahfiz sebelum dibenarkan beroperasi.

“Malah, banyak juga yang sebaliknya, apa lagi dapat memenuhi kelayakan minimum untuk beroperasi sama seperti dilakukan oleh pengusaha tadika yang berdepan pelbagai prosedur sebelum dibenarkan beroperasi.

“Kekurangan dan kelemahan seperti ini akan memberi implikasi terhadap jaminan kualiti dan keselamatan pusat tahfiz yang terlibat itu sendiri.

“Setiap pelajar yang diamanahkan ibu bapa kepada pengurusan pusat tahfiz seharusnya dijaga dan didik dengan penuh kasih sayang dan berhemah kerana itulah janji pengendali untuk ibu bapa ketika mula diberi tugasan, amanah dan upah,” katanya.

Sementara itu, dalam hal memilih pusat tahfiz adalah dinasihatkan ibu bapa, penjaga supaya menyemak terlebih dulu pusat tahfiz sama ada berdaftar atau tidak agar keselamatan anak lebih terjamin.

Dalam menangani isu ini peraturan, akta, konsep penyediaan pusat tahfiz sedia ada perlu diperkemaskan dan untuk lebih holistik melibatkan keselamatan dan pengurusan serta kemanusiaan.

Dalam hal lain juga semua pihak perlu pastikan penguatkuasaan dipertingkatkan dan pengendali, pusat tahfiz sentiasa didekati.

“Mendekati hati nurani pelajar tahfiz yang pengajian agama itu sendiri sebagai pengajian pokok dan harus juga difokuskan kepada perkara yang “Islam Sebagai Satu Cara hidup (Way Of Life)”.

“Ianya dengan mengajak mereka menghayati gaya hidup sosial menurut Islam dari aspek pergaulan, keselamatan, kesihatan, kebersihan, moral amatlah perlu diadakan juga demi kebaikan,” ujarnya.

CATEGORIES