Terima 517 aduan rakyat sejak Mei hingga Julai

Terima 517 aduan rakyat sejak Mei hingga Julai

AYER KEROH 5 Sept. – Kerajaan negeri menerima 517 aduan rakyat bermula Mei sehingga penghujung Julai lalu sepanjang Program Hari Bertemu Rakyat diadakan.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, dari jumlah itu, sebanyak 399 kes (77 peratus) telah diselesaikan, 108 kes (21 peratus) masih dalam tindakan dan 10 kes (2 peratus) tidak dapat diselesaikan.

“Jika kita lihat, kes-kes dari segi pecahan ini, isu-isu melibatkan bantuan sebanyak 15 peratus, isu tanah 15 peratus, isu perumahan 10 peratus dan isu pekerjaan 10 peratus.

“Manakala isu melibatkan kewarganegaraan sembilan peratus dan cadangan-cadangan kepada Ketua Menteri sendiri sembilan peratus seperti perniagaan, umum, pelaburan dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Seri Negeri di sini, hari ini.

Jelas Adly, kerajaan negeri juga akan terus memantau dari semasa ke semasa program tersebut, pada masa sama menilai mekanisme untuk mempercepatkan proses menyelesaikan masalah-masalah rakyat di Melaka.

CATEGORIES
TAGS