Terima kasih pembayar zakat

Semoga dipermudahkan oleh-Nya

Terima kasih pembayar zakat

JASIN 26 Feb. – “Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua pembayar zakat negeri ini,” itu kata penerima sumbangan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Sudin Ismail, 51, yang kini tidak lagi dapat bekerja kerana masalah kesihatan dihidapinya.

Ismail, yang sebelum ini lincah mengambil upah melakukan kerja kampung bagi menampung kehidupan hariannya tidak lagi dapat berbuat demikian kerana menghidap jantung lemah, paru-paru berair dan Hepatitis C.

Selain ihsan ahli keluarga dia turut bergantung harap dengan bantuan pihak bertanggungjawab bagi meneruskan kelangsungan hidup serta menanggung kos rawatan penyakit dihidapinya kerana perlu berulang- alik ke Hospital Muar, Johor dan Klinik Kesihatan Sungai Rambai serta Institut Jantung Negara (IJN).

Menurut Setiausaha MAIM Azman Aziz berkata, prihatin dengan keadaan menimpa asnaf terbabit, pihaknya dengan diwakili bahagian Agihan Zakat Cawangan Merlimau, menyantuninya bagi bertanya khabar dan menyampaikan bantuan.

“Kita menyampaikan sumbangan wang tunai ‘secara one off’ serta barangan keperluan asas lain dan diharap dengan bantuan diberikan dapat menampung kos rawatan serta sara hidupnya.

“Malah dia turut menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain di pihak MAIM kami mendoakan agar urusan asnaf terbabit dipermudahkan serta sembuh seperti sedia kala,” katanya.

CATEGORIES