The Straits Hotel & Suites Melaka 50 juadah terbaik berbuka puasa

RAMADAN adalah antara bulan yang mulia yang dinantikan oleh seluruh umat Islam di dunia bagi melipat gandakan ibadah. Namun, selain memberi tumpuan kepada ibadah, berpuasa, bersedekah dan mendekatkan diri kepada-Nya, bulan Ramadan juga adalah waktu untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga untuk berbuka puasa.
Dengan waktu berbaki 10 hari lagi menjelangnya Aidilfitri, kerancakan industri pelancongan di Melaka terus diperhebatkan dengan pelbagai aktiviti oleh seluruh penggiat industri pelancongan terutamanya lokasi-lokasi yang menawarkan pakej berbuka puasa khasnya hotel-hotel yang turut menawarkan pakej penginapan sempena bulan Ramadhan.
Tahun ini, The Straits Hotel & Suites menyediakan 50 pilihan juadah yang istimewa gabungan antara selera kampung dan masakan Nusantara yang terbaik disediakan dengan konsep ala gerai dan bufet di Pizzaria Restaurant. Pilihan juadah akan bertukar setiap hari bagi memastikan kepuasan pelanggan yang berbuka. Pelanggan bukan sahaja dapat menikmati kemeriahan bazar dengan aneka hidangan warisan tetapi juga merasai suasana Raya di restaurant yang dihiasi dengan lampu LED yang berwarna-warni.
Sous Chef The Straits Hotel & Suites Melaka, Al-Araj Bin Abas mengetuai 7 cef yang lain menghidangkan tujuh menu utama kepada pelanggan sepanjang bulan Ramadan. Antara hidangan terkenal daripada cef adalah Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi, Ikan Masak Singgang, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Pucuk Ubi Masak Lemak, Sup Utara Tulang Rawan, Gulai Nangka dan sebagainya. Di samping itu, juadah ala Nusantara seperti Ayam Penyet, Tauhu Sumbat, Murtabak Ayam Singapura, Mi Lambak dan pelbagai jenis kerabu juga dihidangkan untuk memenuhi selera pelanggan.
Selain itu, di Stesen BBQ menyediakan sajian kambing, daging, ayam bakar serta pelbagai makanan laut seperti Ikan Cencaru, Ikan Pari, Udang, Sotong dan sebagainya.
Stesen lain turut menyediakan Ulam-ulaman, pencuci mulut seperti kek, kuih-muih, Jeli, Sago Gula Melaka dan bubur manis, manakala Stesen goreng menyediakan cucur, pisang goreng dan pelbagai jenis keropok.
Bermula sejak 19 Mei yang lalu dan bakal berakhir pada 13 Jun 2018, Bufet Makan Malam Nusantara menawarkan harga serendah RM55 untuk dewasa serta RM28 untuk kanak-kanak, The Straits Hotel and Suites menjanjikan sajian terbaik bersesuaian dengan permintaan pelanggan yang ingin menghabiskan masa yang berkualiti bersama rakan-rakan dan keluarga ketika berbuka puasa.
Selain juadah berbuka puasa, hotel ini turut menawarkan pakej penginapan dengan harga serendah bermula RM220 termasuk berbuka puasa dan bersahur. Dengan kelebihan lokasi yang terbaik iaitu di tengah-tengah bandar dan dikelilingi dengan pelbagai produk pelancongan seperti destinasi sejarah, makan-makan, membeli belah dan sebagainya, The Straits Hotel & Suites sering menjadi tumpuan para pelancong yang datang dari serata lokasi. Sebanyak 352 buah bilik tersedia untuk para penginap dengan kelengkapan penuh dan moden sesuai untuk business traveler, percutian keluarga mahupun bersama rakan-rakan.
Kesemua bilik deluxe and suite mewah dilengkapi dengan kemudahan moden seperti televisyen LCD 40 inci, in-room safe, wifi berkelajuan tinggi, dapur kering, bath amenities dan sebagainya. Manakala suite mewah mereka cukup besar dan menghubungkan ruang tamu, ruang makan dan bilik air yang dilengkapi dengan bathtub dan pancuran mandi yang direka khas bagi memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggannya.
Bagi yang inginkan kelainan, Bilik Warisan yang bertemakan Baba Nyonya telah tersedia dengan fasiliti premium bagi anda yang inginkan percutian dan penginapan yang bakal meninggalkan kenangan yang indah.
Bagi anda yang tidak mahu keluar untuk mendapatkan makanan, pihak hotel ada menyediakan pelbagai fasiliti termasuklah 3 buah restoran iaitu Restoran Amalaka yang boleh memuatkan seramai 230 orang pada satu-satu masa terutamanya bagi sarapan pagi.
Selain itu, Pizzaria Restaurant & Bar yang terletak di point tertinggi hotel ini bagi anda yang ingin menikmati pelbagai juadah ringan ataupun sekadar menghirup minuman dan bermalasan di tepi kolam mandi. Mahukan secawan kopi? Panjangkan langkah anda ke ruang lobi di mana Straits Coffee menyediakan pelbagai minuman sesuai bagi anda yang ingin menghirup secawan kopi sambil membaca akhbar mahupun mengadakan perjumpaan bersama rakan-rakan perniagaan.
Bagi anda yang ingin beriadah, hotel ini turut menyediakan rooftop swimming pool, gymnasium dan sauna. Pendek kata segala kemudahan yang anda inginkan berada di bawah satu bumbung. Apa kata rancang percutian hujung minggu ini sambil membeli belah bagi persediaan terakhir menjelangnya Aidilfitri di Melaka dengan menginap, berbuka puasa dan bersahur di The Straits Hotel & Suites. Kongsikan pengalaman dan momen indah anda di lama instagram kami kerana kitakan @fabulousmelaka!