Tiada peluang masuk IPTA : Teliti kekuatan & kemampuan IPTS – Noor Effandi

Tiada peluang masuk IPTA : Teliti kekuatan & kemampuan IPTS – Noor Effandi

BUKIT BERUANG 17 Jan. – Ibu bapa dan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disaran memilih dengan teliti Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi, Noor Effandi Ahmad berkata, peranan ibu bapa dalam membimbing anak-anak lepasan sekolah sangat penting bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Katanya, pemilihan institusi belajar perlu  diteliti dari segi kemampuan dan kekuatan institusi tersebut dan jangan mengamalkan sikap sambil lewa kerana kelak akan menjadi beban kepada anak-anak.

“Saya syorkan kepada anak-anak Melaka khususnya, jika gagal mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pilihlah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang berkaitan dengan kerajaan negeri.

“InsyAllah tidak akan berlaku permasalahan jika memilih kolej yang berkaitan dengan kerajaan negeri, misalnya MiCoST, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Perhimpunan Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Melaka bulan Januari di Dataran Hikmah di sini, pagi tadi.

Semalam, wartawan MelakaKini menemu ramah antara 14 mahasiswa yang dibuang oleh sebuah kolej swasta di negeri ini dengan alasan tiada lagi kuota bagi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

CATEGORIES